Tuesday, March 30, 2010

jOM kE sHAH aLAM mALAM ni...

Apa cerita 'Fikrah Group' hari ini...

Misi gegar HR MARKETING di SHAH ALAM bersama DD NASARUDIN AB RAHIM, Preview PELUANG HEBAT ABAD INI. Menjana PENDAPATAN LUMAYAN.. Membongkar RAHSIA SUSU KAMBING..  Minuman KHAZANAH ISLAM.. Yang HADIR INSYAALLAH AKAN terpesona. PADA HARI SELASA 30.3.10 Jam 8.45 mlm. Di No. 10M JLN ZIRKON E/7E SEK 7 SHAH ALAM, belakang UNISEL atas restoran MANCONGKAM...

Sunday, March 21, 2010

Membudayakan pengambilan susu

Apa cerita 'Fikrah Group' hari ini...

(AIZAWATI AHMAD)
Artikel sempena Hari Susu Sedunia

Pengambilan susu amat penting dalam kehidupan tidak kira kanak-kanak mahu pun orang dewasa, memandangkan ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan protein serta mudah dihadam dan diserap ke dalam tubuh.
   Susu juga dapat membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan pembinaan sel-sel tubuh dan membaiki sel-sel baru.
   Malah Islam juga menganjurkan umatnya mengambil susu sebagaimana maksud firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 66: "Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang yang meminumnya."
   Atas kesedaran mengenai kepentingan susu dalam diet pemakanan setiap individu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) telah mengisytiharkan 1 Jun sebagai Hari Susu Sedunia.
   Hari tersebut pertama kali disambut pada tahun 2001 sebagai usaha untuk mempromosikan aktiviti berkaitan susu di kalangan masyarakat dunia.
   Dalam pada itu, Pakar Diet Pusat Perubatan Kampung Baru dan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Sarah Sabreina Md. Sabidi berkata, susu dan produk tenusu seperti keju, yogurt, krim dan mentega, merupakan makanan yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi.
   "Pengambilan susu dalam kehidupan seharian amat penting kerana makanan tersebut kaya dengan sumber protein dan kalsium yang sangat diperlukan khususnya semasa proses pertumbuhan serta perkembangan pesat," katanya.
   Menurutnya, susu dikatakan sebagai makanan yang lengkap dan seimbang disebabkan ia mengandungi pelbagai nutrien yang penting untuk tubuh.
   Bagaimanapun, katanya, susu tidak mengandungi serat dan nilai kandungan vitamin C serta zat besi di dalamnya juga agak rendah.
   Jelasnya lagi, dalam susu juga terdapat kandungan lemak yang membekalkan tenaga selain ia mudah dihadam kerana fungsinya dalam membantu tindakan jus gastrik (perut).
   Sarah Sabreina memberitahu, karbohidrat (laktosa) yang terkandung di dalam susu membantu penyerapan kalsium, manakala bakteria menukarkan laktosa kepada asid laktik yang membantu pertumbuhan patogen yang sihat di dalam usus.
   "Galaktosa yang terhasil dari penghadaman laktosa oleh enzim laktase diserap secara perlahan di dalam usus bagi menggalakkan perkembangan bakteria usus yang bertanggungjawab menghasilkan vitamin B kompleks seperti biotin dan lain-lain untuk keperluan tubuh," ujarnya.
   Mengulas lanjut mmengenai khasiat susu, beliau berkata, susu mengandungi vitamin A, D, E dan K, namun, proses pempasturan dan sterilisasi mengurangkan nilai vitamin tersebut.
   Tambahnya, susu yang rendah lemak atau tiada lemak selalunya diperkaya dengan vitamin yang larut lemak iaitu vitamin A dan D.
    "Vitamin D membantu meningkatkan penyerapan kalsium di mana ia boleh mengurangkan risiko riket di kalangan kanak-kanak," katanya.
   Selain vitamin larut lemak, susu turut mengandungi vitamin larut air dan juga kaya dengan mineral serta elemen surih seperti kalsium, iodin, zink, zat besi dan sodium.
   Menurut Sarah Sabreina, kandungannya yang kaya dengan protein, mineral dan lemak menyebabkan ia sangat diperlukan semasa pertumbuhan dan perkembangan tisu tubuh khususnya bagi tumbesaran kanak-kanak, wanita mengandung atau pun pesakit yang mengalami masalah keretakan tulang.
   Beliau berkata, kandungan kalsium yang tinggi turut membantu perkembangan tulang terutamanya sewaktu remaja bagi mengelakkan masalah osteoporosis semasa hari tua.
   "Golongan dewasa termasuk warga emas digalakkan mengambil susu rendah lemak atau tanpa lemak kerana pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit  jantung," jelasnya lagi.
   Bercakap mengenai kanak-kanak yang tidak mengambil susu, beliau memberitahu, perkembangan tisu dan tulang kanak-kanak terbabit boleh terbantut dan tumbesaran mereka juga tidak selari dengan kanak-kanak normal lain.
   Tambahnya, manusia memerlukan susu sepanjang hayat mereka tetapi keperluannya bergantung kepada usia. Ini kerana kandungan zat besi yang rendah di dalam susu boleh menyebabkan risiko anemia dan reaksi alergi jika kanak-kanak terbabit hanya bergantung kepada minuman itu tanpa sokongan makanan khasiat lain.
   Beliau turut menasihatkan kepada ibu bapa yang anak-anak mereka tidak menggemari susu agar tidak cepat panik.
   Ini kerana pengambilan makanan seimbang daripada hasil tenusu seperti yogurt, keju, mentega, minuman coklat, kacang soya, badam, bijirin dan malta yang diperkaya dengan vitamin serta mineral juga boleh membantu.
   "Pengambilan makanan protein selain susu yang seimbang boleh membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh, misalnya dengan mengambil sumber protein seperti daging, ayam atau ikan bersama sayur-sayuran," katanya.
   Sarah Sabreina turut mengingatkan orang ramai agar mengambil susu mengikut saranan yang sesuai bagi setiap peringkat usia dan tidak mengambilnya secara berlebihan.
   "Semua peringkat usia iaitu dari kanak-kanak hinggalah ke warga tua, pengambilan susu perlu dilakukan mengikut kesesuaian umur kita."
   "Begitu juga dengan wanita mengandung di mana susu sememangnya membantu pertumbuhan bayi di dalam kandungan, bagaimanapun, bagi mereka yang menghadapi masalah alahan, susu boleh digantikan dengan sumber protein dan kalsium yang lain," jelas beliau.
   Menurutnya lagi, terdapat kajian yang menyatakan dengan mengambil tig
a gelas susu rendah lemak atau tanpa lemak pada setiap hari, warga emas boleh memperbaiki kesihatan tulang mereka secara signifikan.
   Beliau memberitahu, ia juga meningkatkan pengambilan kalsium sebanyak 750 miligram yang boleh membaiki kualiti pemakanan.


Sumber: Utusan Malaysia : Khamis 29 Mei 2008

Wednesday, March 17, 2010

Malam ini...

Apa cerita 'Fikrah Group' hari ini...

Salam...

Malam ini, 17.3.2010:
Kita sama-sama berkongsi rahsia kecemerlangan
dalam perniagaan HR Marketing
bersama produk yang memang terbukti hebat,
bersama dengan barisan bakal jutawan HR.
pukul 8.45 malam di HRC Bukit Beruntung.
Pastikan bawa downline kita yang masih ragu-ragu,
Hubungi Azhari 012-6794682,
Hadirkan diri dengan bawa prospek anda.
Kita jumpa di puncak kejayaan!!!

Monday, March 15, 2010

Apa yang gempar tuuu....?

Apa cerita 'Fikrah Group' hari ini...

Gempar! Gempar ! Gempar!
Seorang insan biasa kini telah mencapai bonus terkumpul
hampir RM 1 juta dalam masa tidak sampai setahun
dalam HR Marketing...
Bagaimana beliau boleh capai pendapatan yang begitu hebat?
Nak tahu?????
Silalah hadir ke majlis taklimat HR Marketing
pada 15 Mac 2010 (ISNIN)
Jam 9 malam bertempat di...
Pusat Kursus Perkahwinan Azzahra
Tingkat 2 (Bersebelahan Klinik Nabila)
depan UPSI Tg. Malim, Perak.
Anda semua dijemput hadir dan
pastikan HADIR bersama rakan-rakan ANDA!
TERIMA KASIH...
p/s; Datang OK!!! Jamuan dan hadiah menarik menanti anda.

Friday, March 12, 2010

Bonus FEB 2010

Apa cerita 'Fikrah Group' hari ini...

Bayaran bonus HR FEB 2010 anda akan dikreditkan ke akaun pada 13/03/2010 (MAYBANK); 16/03/2010 (LAIN-LAIN BANK). Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.hrgroup2u.com/. TQ.